Tutup

Jerebu dijangka semakin serius dalam beberapa hari

Jerebu yang melanda semenanjung Malaysia dijangka akan menjadi semakin serius dan akan berlanjutan selama beberapa hari. Beberapa negeri termasuk Sarawak, Pahang dan Selangor mencatatkan IPU tidak sihat dan sangat tidak sihat. Pengarah Bahagian Udara Jabatan Alam Sekitar, Mashitah Darus berkata tiupan angin dari Sumatera dan Kalimantan, Indonesia ke arah semenanjung menjadi punca keadaan berjerebu semakin meningkat di beberapa kawasan di barat semenanjung Malaysia yang mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat.