Tutup

Jersi All Black dibida pada harga RM28,000

Jersi ragbi pasukan New Zealand All Blacks dibida pada RM28,000 dalam Majlis Makan Malam Tahunan Dewan Perniagaan New Zealand yang berlangsung di ibu negara pada Sabtu malam. Hasil lelongan jersi ragbi yang ditandatangani pemain kebangsaan pasukan itu akan disalurkan sepenuhnya kepada Yayasan Malaysia-New Zealand.