Jho Low: Terdapat sabotaj dalam kerajaan - Tun M

Tindakan sabotaj di dalam kerajaan adalah antara sebab Malaysia sukar untuk mengenal pasti dengan tepat dan seterusnya memberkas ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau percaya itulah puncanya Jho Low dapat mengelakkan diri daripada ditahan kerana kebocoran maklumat dalam kerajaan.