Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

JKKP mula siasatan runtuhan tiang kerangka bumbung

Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Pulau Pinang (JKKP) telah memulakan siasatan bagi kenal pasti punca runtuhan tiang dan kerangka bumbung di tapak pembinaan sebuah kilang di Jalan Maju 8, Kawasan Perindustrian Perai, pada Jumaat. Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sewaktu pekerja sedang memasang c-chanel pada bahagian kerangka bumbung menggunakan mesin pengangkat 'ariel platform'.