Tutup

Johor tidak akan turunkan had umur berkahwin

Kerajaan Negeri Johor tidak akan mempertimbangkan cadangan had umur minimum perkahwinan perempuan diturunkan kepada 14 tahun seperti negeri lain. Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor, Aminolhuda Hassan berkata berhubung isu berkenaan, satu muzakarah akan diadakan pada masa terdekat, melibatkan agensi terlibat seperti Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), serta Mufti.