Jom Derma Untuk Palestin

Aman Palestin menyeru rakyat Malaysia memanfaatkan hari-hari terakhir ramadan untuk membantu penduduk Palestin yang dihimpit kesengsaraan akibat kekejaman rejim Israel. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Awang Suffian Awang Piut berkata, melalui kempen Ramadan Bersama Palestin, orang ramai boleh merebut peluang menginfakkan sedekah kepada penduduk Palestin berkenaan.