Tutup

JPAM kawal keselamatan pengunjung di pusat peranginan

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan menempatkan anggotanya di semua tempat peranginan berisiko di seluruh negara bagi meningkatkan keselamatan pengunjung pada hujung minggu dan cuti umum. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, tempat peranginan akan diberi tanggungjawab kawalan sepenuhnya kepada jpam menerusi arahan yang berkuat kuasa serta-merta.