Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Jumlah stok beras negara masih stabil

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menafikan laporan yang mendakwa jumlah stok beras negara hanya mampu bertahan selama dua setengah bulan. Menurut satu kenyataan media pada Sabtu, kementerian itu memberi jaminan jumlah stok semasa beras dengan mengambil kira pengeluaran tempatan dan import adalah stabil, terkawal dan konsisten bagi menampung keperluan dalam negara secara berterusan.