Jurang wujud antara pemimpin dan rakyat

Jurang antara pemimpin yang dipilih rakyat dan nadi hidup rakyat sudah lama wujud. Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UPM, Prof. Madya Dr. Yusof Saari dalam masa yang sama ada juga pihak lain disekeliling pemimpin yang turut tidak tahu keperitan sebenar rakyat. Ini termasuk segelintir kakitangan awam dan penyelidik menghasilkan kajian berkenaan isu kos sara hidup. Tambah beliau, ini kerana ada individu yang tidak mempunyai kepakaran dan tidak datang dari kumpulan orang kebanyakkan.