Juruwang bank didakwa seleweng RM2 juta wang pelanggan

Seorang juruwang di sebuah bank mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menyalahgunakan wang pelanggan hampir RM2 juta. Tertuduh Diyana Remle, 30 tahun memohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan dihadapan hakim Tuan Azman Mustapha mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.