Tutup

Kadar penalti pengakuan sukarela pembayar cukai serendah 10 peratus

Kerajaan menyeru pembayar cukai yang masih belum membuat pengisytiharan cukai pendapatan atau telah membuat pengisytiharan cukai pendapatan yang tidak tepat agar memanfaatkan program khas pengakuan sukarela seperti yang telah diumumkan dalam ucapan Bajet 2019. Program khas yang bermula pada 3 November 2018 dan akan berakhir pada 30 Jun 2019 ini terbuka kepada semua kategori pembayar cukai dan menawarkan kadar penalti yang rendah antara 10 hingga 15 peratus.