Kajian penggunaan getah bekuan dalam campuran asfalt masih dipantau

Kajian tentang usahasama penggunaan getah bekuan dalam campuran asfalt dalam projek pembinaan jalan antara Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) masih dalam pemantauan prestasi. Menteri Kerja Raya Baru Bian menjelaskan, kajian mengenai perkara tersebut memerlukan masa sekurang-kurangnya setahun sebelum ia boleh di komersialkan.