announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Kanak-kanak 10 tahun mati dipercayai akibat didera

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera di Permatang Badak Maju, Kuantan, semalam. Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, ibu kandung mangsa berusia 29 tahun dikatakan membuat panggilan kecemasan menghubungi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) memaklumkan anak lelakinya tidak sedarkan diri di rumah.