kanak-kanak dua tahun maut dalam kemalangan

Seorang kanak-kanak 2 tahun maut dalam kemalangan melibatkan di Jalan Titi Haji Idris, Alor Setar, awal pagi ini. Kejadian jam 7.40 pagi itu berlaku apabila kereta Myvi yang dipandu pasangan suami isteri berlanggar dengan sebuah kereta Perodua Alza yang dipandu seorang wanita berusia 30-an. Kejadian menyebabkan kanak-kanak yang dipangku ibunya tercampak ke hadapan kereta.