Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Kanak-kanak lelaki 3 tahun mati tercekik buah rambutan

Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia dipercayai akibat tercekik buah rambutan dalam satu kejadian yang berlaku di Kampung Belakang Masjid, Bukit Selambau pada Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Baling, Supritendan Syed Basri Syed Ali berkata, hasil bedah siasat mendapati tiada kecederaan atau unsur-unsur jenayah pada badan mangsa.