Tutup

Kastam sita 1,800 kereta mewah, cukai bernilai RM90 juta

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyita 1,800 kereta mewah yang mengelak membayar cukai bernilai RM90 juta dalam tempoh Januari sehingga Oktober lalu. Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Paddy Abdul Halim, kenderaan tidak lulus kastam itu dibawa masuk dari Singapura untuk tujuan pelancongan.