Kawal pengambilan gula cara elak Diabetes

Pengambilan makanan manis tanpa kawalan adalah punca utama mengapa rakyat Malaysia antara yang dikenalpasti mempunyai penghidap kencing manis atau Diabetes tertinggi di Asia. Menurut Pakar Nutrisi Dan Kecergasan, Kevin Zahri, rakyat Malaysia kurang peka dengan jumlah gula dan kalori yang diambil setiap hari, yang membawa kepada penambahan berat badan, seterusnya masalah kencing manis.