Kawasan berlumpur sukarkan SAR

Lokasi pencarian yang kemungkinan berlumpur menyebabkan pasukan penyelam masih gagal menentukan lokasi sebenar kenderaan SUV yang terjatuh dari jambatan Pulau Pinang pada awal pagi Ahad. Koordinator SAR, Laksamana Maritim Rozali Mohd Said berkata, pada masa sama, arus deras turut menyukarkan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa kemalangan.