Tutup

Kecenderungan membangkitkan isu 3R meningkat dua kali ganda

Isu kaum, agama dan institut diraja meningkat dua kali ganda pada tahun ini berbanding tahun 2018. Berdasarkan data yang dikumpul oleh Polis Diraja Malaysia, ia menunjukkan wujud kecenderungan berlaku sesuatu yang tidak diingini. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiga isu sensitif itu diistilahkan sebagai 3R iaitu bangsa, agama dan raja.