Tutup

Kekalahan besar di Tanjung Piai, PH terima 'peringatan' rakyat - Tun M

Pakatan Harapan (PH) menerima kekalahan teruk mereka dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai yang lepas, sebagai satu peringatan daripada rakyat untuk lebih fokus dalam mentadbir negara, kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri Berkata, Post-Mortem di semua peringkat parti telah pun diadakan, dan masing-masing perlu tahu apakah yang perlu dilakukan bagi memulihkan semula keadaan di negara ini.