Tutup

Kekalkan perpaduan masyarakat majmuk

Perpaduan masyarakat majmuk di negara ini sentiasa utuh dan tidak ?dicemari dengan hasad dengki? yang boleh mencetuskan huru-hara. Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr. Jaujan Sambakong berkata, senario itu jelas terserlah pada pilihan raya yang lalu iaitu tidak berlaku sebarang rusuhan ataupun kekecohan seperti di negara luar selepas pertukaran kerajaan.