Tutup

Kelantan akui pembalakan haram punca banjir besar 2014

Penerokaan tanah dan hutan secara tidak terkawal di zon penampan diakui menjadi punca berlakunya banjir buruk pada 2014 di Kelantan. Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob percaya aktiviti penerokaan haram sememangnya berlaku memandangkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan lesen pembalakkan sejak 2008 bahkan membekukan beberapa lesen sedia ada.