Tutup

Kelantan sedia jadi tuan rumah SUKMA 2024

Kerajaan Kelantan akan memohon penganjuran Sukan Malaysia atau SUKMA pada tahun 2024 selepas mendapat maklum balas positif dari Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata Kelantan sudah mengkaji persiapan diperlukan untuk menjadi tuan rumah SUKMA dan yakin negeri Pantai Timur itu sudah bersedia.