Video  |  Malaysia

Kelestarian eko pelancongan perlu untuk generasi mendatang

Hanya dengan satu percubaan, sekumpulan 190 penyelam berjaya mencipta rekod membentuk rangkaian penyelam teramai sepanjang 200 meter di perairan Pulau Bidong. Rekod itu disenaraikan dalam Malaysia Book Of Records, MBOR, adalah hasil inisiatif Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, turut disertai penyelam dari seluruh negara, kumpulan penyelam wanita, orang kelainan upaya dan penyelam kanak-kanak.