Tutup

Kelewatan proses peralihan kuasa timbulkan keresahan

Angkatan Muda Keadilan (AMK) yakin Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan memastikan proses peralihan kuasa Perdana Menteri berlaku dengan lancar dan tersusun, kata Ketuanya Akmal Nasrullah Mohd Nasir. Namun, di sebalik sokongan itu, beliau berkata, kelewatan proses berkenaan, jika berterusan, akan menimbulkan keresahan, baik di dalam mahupun di luar negara.