Tutup

Keluarga mangsa jenayah kecewa jika hukuman mati dimansuhkan

"Kerajaan tidak tahu macam mana sakit dan sengsaranya kami keluarga mangsa yang dibunuh." Itu luahan Tan Siew Lin, ibu kepada Annie Kok Yin Cheng iaitu mangsa rogol dan bunuh pada tahun 2009. Jelasnya, kerajaan perlu mempertimbangkan semula langkah pemansuhan perkataan 'mandatori' dalam hukuman mati kerana ia memberi keadilan kepada keluarga mangsa.