Tutup

Kematian Iman perlu dilihat dalam konteks lebih besar

Pengarah Eksekutif Borneo Rhino Alliance (BORA), Datuk Dr Junaidi Payne menegaskan kematian Iman iaitu badak sumbu Sumatera terakhir negara perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar. Tegas beliau sebagai organisasi yang diberi tanggungjawab menjaga Iman melihat memorandum persefahaman berhubung pembiakan badak sumbu Sumatera antara Malaysia dan Indonesia perlu diteliti semula.