announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Kematian kanak-kanak mangsa dera disebabkan pendarahan esophagus

Punca kematian kanak-kanak lelaki 10 tahun yang dipercayai didera oleh ibu kandungnya di Taman Permatang Badak Maju, Permatang Badak di Kuantan kelmarin adalah disebabkan pendarahan di bahagian esophagus. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ACP Othman Nayan berkata hasil bedah siasat pada mendapati keadaan itu berkemungkinan oleh faktor salur darah pecah atau berlaku ulser pada esophagus.