Tutup

Kemenangan BN cerminkan kedewasaan pengundi Kimanis

Calon BN, Datuk Mohamad Alamin menyifatkan kemenangan Barisan Nasional pada PRK Kimanis sebagai cerminan kedewasaan pengundi di Parlimen itu. Beliau turut berpendapat, rakyat telah menterjemahkan apa yang dimahukan mereka menerusi keputusan pada PRK kesepuluh ini.