Tutup

Kementerian Kesihatan tidak wajib penggunaan straw serai di hospital

Kementerian Kesihatan tidak bercadang untuk mewajibkan kantin atau kafeteria di hospital kerajaan menggunakan serai sebagai penyedut minuman bagi menggantikan straw plastik. Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye berkata, bagaimanapun ia terpulang kepada pengendali kantin atau kafeteria sama ada menggunakannya atau tidak.