Tutup

Kementerian Pendidikan buat persiapan hadapi banjir

Kementerian Pendidikan telah membuat persediaan rapi bagi menghadapi banjir yang dijangka melanda negara ketika tiga peperiksaan utama bermula Oktober ini. Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata, jawatankuasa khas berkaitan bencana telah menyenaraikan beberapa negeri yang berkemungkinan terlibat dalam banjir seperti di Kedah, Kelantan dan Pahang.