Tutup

Kemungkinan berlaku catuan air di Melaka

Kerajaan Negeri Melaka dijangka bakal mengumumkan catuan bekalan air secara berjadual, esok (Rabu) susulan paras air di empangan utama mengalami pengurangan. Ketua Menteri, Adly Zahari bagaimanapun, berkata, keputusan berhubung perkara berkenaan akan diputuskan menerusi Mesyuarat Mingguan Exco esok selepas pihaknya menerima perkembangan terkini paras air daripada Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) serta Badan Kawal Selia Air (BKSA).