Tutup

Kepelbagaian bangsa, budaya jadi nilai tambah #MYAPEC2020

Kepelbagaian bangsa dan budaya yang wujud di Malaysia menjadi antara nilai tambah terbesar dalam penganjuran Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 kali ini. Dengan meraikan kepelbagaian tersebut, ia bukan sahaja membuktikan keamanan mampu dizahirkan dalam perbezaan, pada masa sama ia membentuk satu blok ekonomi yang mapan dan stabil di rantau ini terutama melalui sektor pelancongan.