Tutup

Kepimpinan UMNO harus lebih menyerlah - Asyraf Wajdi

Kepimpinan dan barisan tertinggi UMNO perlu lebih menyerlah dalam mencari strategi dan formula agar mesej yang jelas dapat diberikan kepada ahli UMNO dan rakyat bahawa parti itu sedang dan dalam proses melakukan perubahan besar. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata tindakan Datuk Seri Mustapa Mohamed atau Tok Pa keluar dari parti berkenaan adalah kerana imej dan wajah pembaharuan dalam UMNO masih samar.