Keputusan kes video intim dikaitkan menteri diketahui tempoh terdekat

Polis Di Raja Malaysia bakal membuat kenyataan bersama pejabat peguam negara berhubung laporan analisa video yang dikaitkan dengan seorang menteri pada Jun 2019. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed, kertas siasatan serta laporan akhir itu telah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara, pada akhir tahun lalu.