Tutup

Keputusan PAU secara tertutup belum dibawa ke MT

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau belum menerima sebarang makluman berhubung Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang bakal diadakan secara tertutup tanpa sebarang liputan media. Tambahnya lagi, perkara itu di luar pengetahuannya dan perlu dirujuk kepada Setiausaha Agung Parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.