Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Keputusan pelaksanaan pilihan raya tempatan diumumkan hujung tahun ini

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang menyediakan kertas kerja berhubung kajiankebolehlaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan untuk dibentangkan kepada jemaah menteri menjelang akhir tahun ini. Timbalan Menteri berkenaan, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata, jemaah menteri kemudian akan membuat keputusan sama ada pilihan raya kerajaan tempatan dilaksanakan atau tidak di negara ini.