Tutup

Keputusan pembangunan semula Kampong Baru pada Jun

Keputusan berhubung pembelian tanah bagi pembangunan semula Kampong Baru di ibu negara akan diumumkan pada Jun akan datang. Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata ketika ini Perbadanan Pembangunan Kampung Baru masih mempergiat usaha memberi penerangan kepada pemilik tanah berhubung skim pilihan tawaran.