Tutup

Keputusan perlaksanaan PPSMI diketahui tahun hadapan - PM

Keputusan sama ada mengekalkan sistem pendidikan sedia ada ataupun beralih kepada perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya akan dapat diketahui selewat lewatnya tahun hadapan. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, ketika ini Kabinet masih menunggu kertas kerja berkaitan PPSMI yang sedang disiapkan kementerian pendidikan sebelum sebarang keputusan dapat dilakukan.