Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Keputusan tahun kewangan 2020, lambang daya tahan Astro

Astro Malaysia Holdings Bhd merekodkan peningkatan keuntungan selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (Patami) lebih tinggi kepada RM657 juta, naik 17 peratus , di sebalik kemerosotan perolehan tahunan sebanyak 10 peratus. Menurut Pengerusinya Tun Zaki Azmi, Astro masih mampu menjana pendapatan tunai, mengawal kos kewangan secara berdisiplin dan mengurus modal syarikat dengan proaktif, walaupun berdepan cabaran dalam lanskap ekonomi global dan juga media.