Tutup

Kerajaan akan kembalikan status rakan sekutu Sabah dan Sarawak

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Pakatan Harapan melalui Malaysia baharu akan mengembalikan status rakan sekutu kepada Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semasa negara terbentuk 55 tahun lalu. Status Sabah dan Sarawak, yang berubah daripada rakan sekutu kepada negeri-negeri dalam Malaysia, yang akan dikembalikan itu adalah sebahagian daripada proses dilaksana setelah kajian MA63 disiapkan.