Kerajaan akan memperkasa dan menambah baik JAKIM

Kerajaan memberi jaminan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM tidak akan dihapuskan. Sebaliknya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan, institusi agama Islam peringkat persekutuan itu akan ditambah baik serta diperkasakan.