Kerajaan berjaya selesai empat isu dan jimatkan wang

Tun Dr Mahathir menjelaskan, kerajaan Pakatan Harapan berjaya menyelesaikan empat isu dan membantu penjimatan dalam urusan pentadbiran negara. Menurut Perdana Menteri, Projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL), FELDA, Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) dan Bandar Malaysia merupakan empat projek yang ditinggalkan pentadbiran terdahulu yang berjaya diselesaikan.