Tutup

Kerajaan kaji cadangan penubuhan badan kawal selia industri seni muzik

Kerajaan akan mengkaji cadangan penubuhan sebuah badan khas bagi mengawal selia industri seni muzik negara. Kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ia bagi menentukan hak dan kepentingan penggiat seni muzik terbela daripada pelbagai isu seperti pembayaran royalti yang tidak setimpal.