Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Kerajaan komited perkasakan vendor Bumiputera

Kementerian Pembangunan Usahawan komited meneruskan usaha penambahbaikan bagi memastikan usahawan tempatan terutama vendor Bumiputera terus diperkasakan. Jelas Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, ia dilaksanakan menerusi program pembangunan kapasiti termasuk program berkaitan teknologi, inovasi serta akses pasaran.