Tutup

Kerajaan Melaka mohon maaf Exco samseng

Kerajaan Melaka kesal dan memohon maaf berhubung isu video kekasaran Exco Kerajaan Negeri bersama penduduk di Kampung Pulau Nibong, sehingga menjadi viral di media sosial. Ketua Menteri, Adly Zahari, berkata pihaknya mengambil maklum kekurangan pengalaman Norhizam Hassan Baktee, dalam menangani isu itu yang turut dibincangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.