Tutup

Kerajaan negeri cadang pindah penduduk banjir

Kerajaan negeri sedang merangka cadangan untuk memindahkan penduduk yang sering terjejas akibat banjir saban tahun di sekitar Changkat Jong. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri, Wong May Ing berkata cadangan itu bagi menyelesaikan masalah banjir yang berulang akibat dari limpahan air Sungai Bidor.