Tutup

Kerajaan perlu pantas selesaikan masalah rakyat - Anwar

Perlu ada tindakan yang lebih tuntas dan pantas dalam menyelesaikan masalah yang membebani rakyat, terutamanya dalam isu kos sara hidup. Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun visi kemakmuran bersama 2030 sangat diperlukan, namun apa yang lebih penting ialah bagaimana kerajaan mempercepatkan lagi usaha meningkatkan pendapatan rakyat serta mengukuhkan ekonomi negara.