Tutup

Kerajaan Sabah akan ambil langkah sewajarnya elak penularan polio

Kerajaan negeri Sabah akan mengambil langkah sewajarnya bagi mengelak kes penularan virus polio yang dikesan di daerah Tuaran. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sekiranya senario bertambah buruk, pihaknya akan melaksanakan proses menyelamat nyawa terlibat dalam usaha mengelak pembiakan virus terus menular.