Kerana dadah, penggal kepala bapa

Mayat seorang warga emas ditemui dalam keadaan mengerikan apabila kepala, kaki, tangan dan badannya ditemui tertanam secara berasingan di belakang rumahnya di Kampung Kanthan Baru, Chemor, hari ini. Mayat Yo Su Kim, 74 tahun, ditemui di beberapa lokasi dalam jarak 12 meter, di mana kepala, tangan dan kaki ditanam secara berasingan manakala badannya dicampak di dalam pembentungan belakang rumah berkenaan.